Oh dah lame aku tak login blog. Nasib baek la tak berpuaka. Jika anda tak tau apekah puaka tersebut, cube la klik sini selepas ambik air sembahyang, dan jangan lempar selipar kat aku lepas tu. Jika anda sudah tau apekah tersebut, buat2 tak nampak je.
Aku tetap menggagahkan diri, tanpe ape2 minuman Super Power atau Power Root, untuk nak update blog ni lepas sebulan last update. Mesti korang rindu aku kan?(perasan sendiri) Mari pijak perut aku ramai2.
Pertama sekali aku nak ucap Selamat Tahun Baru kat korang, same ade tahun baru 2 minggu lepas, semalam atau sebulan akan datang. Apekah maksud tahun baru? Bagaimana kamu dengan tahun baru? Skema gile soalan ni. Menyampah siot. OK sila skip.
Sempena itu aku nak cerita pasal azam tahun baru aku walaupun aku tau korang akan muntah bersepah lepas ni.
Bersempena juge dengan sem baru ni, aku berazam nak naekkan pointer aku yang makin hampeh tiap sem. Harap2 ayat ni jangan la tahan sampai seminggu je(tak pernah rajin study). Ni disebabkan oleh surat ugutan dari jpa untuk mengekang dwit aku serta ditambah dengan leteran mak bapak aku selepas tu yang kakak aku juge turut serta memeriahkan majlis(mengapikan suasana?!).
Aku juge berazam nak dapat beli moto lc sebijik. Tapi aku tak rase ayat ni boleh tahan lame jugak disebabkan kos sara hidup yang tinggi(kuat berjoli) sekarang ni. Maka ini aku nak plan cari dwit lebih dan takkan pernah lepas tonton siaran Cash 'N' Kids atau Bijak Wang. Harap2 menjadi la.
Last but not least, harap2 la hidup tahun ni lebih baek dari tahun lepas. Renung2kan dan selamat beramal. DUSH!(kena lempar dengan terompah kayu)
MANTERA BERADU









